Takaful Badal Haji yang Pertama di Malaysia

Takaful Badal Haji yang Pertama di Malaysia
Rasullah s.a.w bersabda : " Ibadah Haji Mabrur iaitu Haji yang diterima ,tiada ganjarannya selain dari syurga



Kita sibuk mencari rezeki,mengejar kemewahan hingga tiada kesempatan untuk urusan kewajipan agama,seperti menunaikan Haji di Mekah.


Bukan tiada kemampuan,Belum sampai seru ,itu yang biasa kita dengar.


Namun kini atas inisiatif Hong Leong Tokio Marine Takaful
dengan kerjasama Tabung Haji Travel & Services ,Maka lahir lah TAKAFUL BADAL HAJI.


Ini merupakan TAKAFUL BADAL HAJI yang pertama seumpamanya di lancarkan di Malaysia.


Ini bagi memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat yang beragama islam untuk menunaikan ibadat Haji.


Kini tiada lagi istilah tiada kemampuan atau belum sampai seru,kerana dengan TAKAFUL BADAL HAJI kita semua mampu walaupun kurang berkemampuan.


Ini kerana di dalam TAKAFUL BADAL HAJI kita hanya perlu membuat caruman sebanyak RM50 sahaja setiap bulan.


Apabila cukup tempoh simpanan peserta akan di kembalikan wang caruman,dan sekiranya meninggal dunia maka akan di buat BADAL HAJI.

Penama akan mendapat wang khairat kematian dan Sijil Badal haji bagi pihak peserta sebagai bukti Badal Haji telah di laksanakan.

Badal Haji ini akan di uruskan oleh TH Travel & Services Sdn Bhd.Sebuah anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung Haji dalam melantik individu yang layak bagi mengerjakan Badal Haji bagi pihak peserta.

Apabila berlaku kematian atau keilatan kekal ,sejumlah RM2500.00 akan di tolak dari manfaat peserta yang belum di bayar kepada penama untuk pembayaran Badal Haji kepada TH Travel & Services Sdn Bhd.

TH Travel & Services Sdn Bhd akan melantik individu yang layak mengerjakan Badal Haji bagi pihak peserta.Badal Haji akan dijalankan semasa musim Haji selaras dengan senarai giliran nama.